Saturday, October 30, 2010

tHe GReat AdventuRe Of NaiM CulLeN

Daripada tajuk 2, nampak macam sangat menarik. Sebenarnya, journey yang dimaksudkan cumalah perjalanan 2 hala Penang-Ipoh-Penang je.. Tetapi, journey kali ini, Ahad 10 oktober hingga Isnin 11 oktober, agak menarik untuk dikongsi. heee.. apa yang bestnya setakat balik ipoh naik motor? haha..kena la dengar dulu cerita sebenarnya..ceritanya bermula begini...

Cadangnya balik ke ipoh pada hari ahad pagi.. namun memandangkan hari yang mendung dan hujan, jadi perjalanan awal pagi dibatalkan.. jadi memandangkan tak tahu apa yang nak dibuat, maka tidurlah jawabnya.. sehinggalah ke petang pukul 2.. dari pukul 2 hinggalah pukul 4, melengung je tak tahu nak buat apa.. bila pukul 4, maka bersiaplah untuk balik ke ipoh..semuanya dah siap.. tapi, bila tengok poket.. alamak!! tinggal 4 ringgit je.. confirm tak cukup nak sampai ipoh ni..setakat bukit merah tu lepas la..tapi memandangkan dah bertekad untuk balik, maka niat di hati diteruskan juga.. masa tu, lalu dekat kafe.. bertembung pulak dengan kawan (panggil dia kakcik).. maka bersembang la kejap dengan kakcik.. sambil cuba tekel duit dia nak pinjam 5 ringgit. (p/s: naik motor dari penang ipoh 8 ringgit minyak dah cukup dah).

memandangkan kakcik ni boleh la dikatakan sbg bestfren, maka dia pun hulur la 10 ringgit.. dia kata biar lebih takpe.. jangan nanti tak cukup.. punyalah tolak, tapi dia berkeras juga nak bagi.. maka dengan berat hati, ambik jugak la 10 ringgit tu.. lepas tu, pergilah isi minyak kejap 5 ringgit.. Singgah solaT Asar kejap kat masjid USM. Lepas solat, baki duit 5 ringgit yang kakcik bagi lebih tadi, dengan tanpa berfikir panjang, derma la kat masjid (saja nak bagi kakcik dapat pahala lebih sebab dia tolong tadi).. maka tinggallah 4 ringgit balik kat dalam poket. Dan perjalanan pun bermula sehinggalah di Bukit Merah. Singgah la kejap kat rumah abah tapi abah pulak takde keluar entah ke mana.. Tunggu kejap.. sampai pukul 6, abah tak muncul-muncul lagi.. lalu perjalanan pun diteruskan..

Singgah kejap di Stesyen minyak dan isi minyak dengan baki RM4 tadi..maka tank pun penuh kembali.. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum hari kejadian, ada seorang kawan ni, dia kata kalau keluar dari highway kat changkat jering, kemudian ambik jalan ke Beruas, akan lebih cepat sampai.. shortcut katanya.. maka bila sampai je changkat jering, keluar dari highway dan terus la lalu ikut beruas.. mula-mulanya memang best.. jalan tak banyak kereta. ada la bengkok-bengkok sikit jalannya tapi memang bestlah..dapat tgk hutan,kebun,kampung orang.. jalan punya jalan, hari pun dah makin gelap. masa dah 7.10 malam.. baru sampai beruas. kalau ikut jalan highway, time ni patut dah sampai rumah dah. tapi memandangkan dah sampai sini, takkan nak patah balik pulak kan.. masa ni, dah mula cuak dah..tengok tangki minyak, dah nak E.. duit dah out terus.. kat jalan hutan pulak tu..tengok signboard, lagi 40 kilometer lagi sampai Ipoh.. stseny minyak langsung tak nampak. kalau nampak pun, bukannya boleh isi minyak..duit takde..memandangkan tangki dah nak E, maka terpaksa la bawak motor slow-slow.. kalau la minyak habis tengah jalan, mati la teman.. bukan dekat 40 kilometer nak tolak motor dalam hutan banat, takde lampu kiri kanan..

tapi perjalanan mesti diteruskan.. pada signboard seterusnya, ternampak yang pekan paling dekat lagi 9 Kilo iaitu pekan Parit.. dalam hati kata, Parit pun Parit lah..daripada tidur dalam hutan.. yang ajaibnya, minyak yang nak habis 2, boleh pulak tak habis-habis.. dalam 7.30, singgah kejap sembahyang jamak kat masjid kg.Raja..lagi 3 kilometer nak sampai Parit.. sampai je masjid tu, tetiba teringatkan sesuatu.. ada saudara kepada tauke kedai ( dulu pernah kerja kedai makan) yang duduk kat Parit.. mungkin boleh minta tolong saudara dia tu..kemudian, telefon la tauke kedai.. baru nak cerita keadaan dan situasi yang berlaku, sekali kredit pulak habis..aduh.. satu lagi masalah.. tapi.. nasib baiklah tak guna lagi credit advanece untuk pengguna Celcom..maka cubalah guna.. nasib basik boleh guna dalam hutan.. Kalau tak, menggelupor la teman..
 dapat je kredit extra 2 ringgit, terus kol saudara tauke kedai(makndak) 2, orang panggil mak uda.. elok-elok call, dapat cakap dengan mak uda dan dia cakap baru je sampai rumah dari ipoh hantarkan anak dia pergi Politeknik Ungku Omar.. lepas tu, dia ajak datang rumah.. memang nasib baik rumah dia dekat je dengan pekan Parit tu.. senang pulak nak cari rumah dia malam-malam tu.. sampai je rumah dia, dia ajak makan.. lepas makan, dia pun hulur 20.. dia tanya 'cukup tak?'.. hehe.. ni pun lebih dari cukup.. cuma takde la ambil duit 20 tu, cuma ambil 10 sebab nak guna isi minyak je.. dalam 8.30, mulakan perjalanan balik dengan perut yang dah kenyang dan tangki minyak yang penuh lepas di isi kat pekan Parit tu.. bila tengok tangki minyak.. memang dah nazak..jalan sikit lagi pun konfirm habis minyak..
perjalanan pun diteruskan.. jalan jangan cakap la..gelap yang amat.. sepanjang jalan memang takde langsung kereta kat laluan sama.. sampai la tembus kat batu gajah dan akhirnya dalam 9.10 malam barulah sampai rumah( 2 jam lebih lewat dari yang sepatutnya)..


Y

Friday, October 15, 2010

aKu daN BloG

assalamualaikumsalam, salam sejahtera dan selamat petang (masa 1530)


Ini merupakan entri aku yang pertama. Setelah berpuluh tahun blog diwujudkan (erk? betul ke?) baru hari ni nak cuba berjinak dengan blog ni. Sebelum ni asyik jadi facebooker je.. Harini jadi blogger plak. Rasa macam dah naik taraf la pulak. Lepas ni boleh la merepek kat sini je.. walaupun xbrape tahu sangat pasal blog ni.. rasanya blog ni xde kot macam fb..sekali post something,bertalu komen yang datang.. kiranya rileks sikit la bila ber 'blog' ni..


kenapa tiba-tiba nak buat blog? Hehe.. Mesti lah ada sebabnya.. setiap hari ada je benda dan perkara yang kita lalui.. Biasanya benda tu sesuatu yang rutin.. and sometimes, even its routine and we face it daily, some of its part seems have such a memorable value.. sesuatu yang wajar, perlu dan indah untuk dikenang..kalau dibiar macam tu je, nanti lupa..jadi kena tulis.. nak tulis diari? hehe.. idok le teman larat nulihnye yob..yong..


Sebenarnya banyak benda nak ditulis.. semenjak dua menjak ni, ada je benda yang menarik untuk ditulis..dah bertimbun-timbun..xtau nak letak mana dah..tapi, memandangkan aku ni seorang beginner, kena la wat cara beginner dulu.. tulis sikit2 udah ler.. next time baru tulis banyak2.. before i go.. nak wish thanks.. and kredit kepada dinda yang tolong ajarkan cara nak berblog.. he.. thanks cayang :) da..