Thursday, September 29, 2011

sekuntum ros

w.a.r.n.a.
 entiti hiburan hati
ceriakan gelap mahu cerah
 karisma diri terserlah
pengaruhi sampainya makna
mengubah sudut persepsi 
menenteram malah menyuramkan jiwa
 akal serta tafsiran tersendiri

w.a.r.n.a.
peranannya pelbagai
terserap ke serata inci dunia
dari langit tinggi hingga ke laut dalam
memenuhi lantai daratan
antaranya ada pelangi si penyejuk mata
dunia penuh keceriaan warna
juga ros berduri
penuh tersirat makna mendalam

r.o.s
apa ada pada ros?
merah..putih..kuning..merah jambu
ros adalah ros
tiada apa yang berbeza 
apa warnanya sekalipun
ros adalah ros

r.o.
 bagi yang mengerti
ros bukan bunga jalanan
ros bicara hati
ros cerminan kata zahir
bisik hati 
 tafsiran kuntuman bunga

merah  
ros merah ros cinta

ros yang penuh dengan rasa cinta menebal
si dia amat mencintaimu 
sepenuh hati malah jiwanya 
ingin hidup bahagia
bersama selamanya

kuning 
ros kuning ros sahabat..ros cemburu

ros yang penuh pengharapan persahabatan
sahabat sejati 
selama nafas masih terhembus
tika susah senang bersama hadapi


 juga erti cemburu
cemburu yang tersemat di dada
bukan dendam kesumat
jika diri mengerti
cemburunya bersebab

putih
ros putih cintanya sejati

seputih ros itu
seputih itulah cintanya terhadapmu
pengagungan cinta tidak tergoyah
sejati setia selama-lamanya
meredah fantasi dunia
mengubahnya ke realiti
mihrab cinta

merah jambu
ros merah jambu ros pertama

bertuahnya dirimu
kerana dirimu cinta pertamanya
telah terungkap rahsianya
rahsia cinta mendalam 
dirimulah insan pertama 
bertakhta dihatinya
idamannya sedari azali

ros
ros bukan sekadar bunga
ros adalah kata nukilan hati
bicara jiwa
p.a.s.a.n.g.a.n.m.u.

originally created by 
Naim Basir


for you 





Monday, September 26, 2011

Convocation Day Saya

Pada tarikh keramat 
23 September 2011
yang jatuhnya pada hari mulia 
Jumaat 
25 Syawal 1432 hijrah,
 maka saya pun dengan ini sah bergelar graduan

  Universiti Sains Malaysia.. 
MOHD NAIM BASIR
BACHELOR OF SOCIAL SCIENCE (HONS)


SAYA DAH GRADUATE!!

yayyy!! 

baling mortar ke atas..
 :)

Setelah 3 tahun di USM, macam-macam ragam dunia yang saya jumpa..
 macam-macam jenis manusia..
macam-macam jenis sifat perangai yang saya temui..
 tidak terlepas juga saya..
daripada 1st hingga 3rd year..
daripada budak mentah yang tak tahu apa-apa,
 menjadi seorang yang pada saya,
bukan saja matang malah 
sudah menjadi seorang anak
yang boleh membanggakan mak ayah.

Sepanjang 3 tahun di USM
banyak perkara yang berlaku pada saya di sini..

saya happy di USM.. :) 
saya juga sedih di USM :(

panas tidak sampai ke petang, hujan pula di tengahari

saya happy dan bahagia sangat..
terutamanya di tahun 3 USM
tapi bila sampai 4 bulan terakhir sebelum convocation day saya,
macam-macam yang jadi
macam-macam dugaan yang saya terima
macam-macam kehilangan yang saya kena hadapi


lebih-lebih lagi dengan kepergian arwah abah yang tersayang,
 kurang 2 bulan sebelum convocation day saya  
abah acapkali bertanya 
"naim..bila hang konvo?"
masa arwah abah sakit, dia pernah kata
"nanti abah xdapat mai konvo hang, abah sakit"

rupanya abah macam dah tahu, yang dia tak sempat nak hadir ke convocation day saya
xsempat dengan bangganya
 gantung gambar konvo saya di dinding rumah dia
xsempat makan hasil gaji saya kerja

abah.. 
degree kat tangan ni, 
untuk diri-mu.. 
abah..

 Al fatihah..

every clouds has the silver lining 

walau macammanapun, saya tak sedih keseorangan.. 
ada ramai yang support saya 
masa saat-saat getir kali ni..
ternyata masih ramai sahabat-sahabat di USM ni, 
peka dengan apa yang terjadi kat saya..
then datang untuk cheer up saya..


Mula-mula saya sangka,
 tak bermakna hari konvo saya nanti..
semuanya dah pergi daripada saya
apa gunanya berkonvo lagi
sambutan nanti mesti hambar..
 tiada yang akan pedulikan saya.
tapi tak sangka pulak.
keluar je daripada DTSP..
 punya lah ramai yang datang..
bergambar dan bagi hadiah..
 :)

meriah tak hadiah konvo saya?

LIST-LIST HADIAH KONVO

dompet-jam-tali pinggang..
pasni boleh la bergaya sakan :p

katak hijau dengan frame gambar
tau-tau je orang suka warna hijau

bunga + teddy.. sweet

My second bear
 (yang kecik2..tengah senyum tu)

hadiah yang paling mahal antara semua.. sangat suka hadiah ni..
 balut dengan kertas hijau pulak 2..
sangat sweet :)

Domo yang xpernah nak lepaskan kite..
ada je benda domo ni kat mana2..
selalu menghantui kite

Hadiah daripada seorang sahabat silat..
buku yang penuh hikmah

awak tau saya sedang sedih kan?
terima kasih ye..
bagi buku ni utk ubati sedih saya :)

hehe..baru dapat masa malam akhir convocation
daripada geng bakti

kesimpulannya : saya happy time konvo kali ni.. 
 rasa macam nak konvo lagi tahun depan
(^^)


Wednesday, September 21, 2011

Bukanlah Cinta Namanya

Bukan laut namanya jika airnya tidak berOmbak
bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka
 bukan kekasih namanya jika hati tidak pernah rindu dan cemburu
..~~ =.='

Saya Pemarah

"mama..mama..adik xsuka abah,abah suka marah adik, dia benci kat adik!"
mama kemudian berkata dengan lembut

"sayang mama, abah marah sebab sayangkan kamu, 
abah tak pernah benci adik, abah marah sebab nak didik adik,
 jangan ulangi kesilapan-kesilapan yang dulu,
jadi insan yang berguna,
 untuk masa depan adik juga"
" abah xpernah benci adik tapi sebab dia sayangkan adik sangat-sangatlah baru dia marah"
"adiklah segala-galanya bagi abah"
"abah takkan marah adik, kalau dia tak sayang kat adik"

siang tadi, saya dah marah seseorang
saya bukanlah jenis pemarah
saya lebih prefer untuk menasihati dahulu
tapi bila saya marah tadi
saya harap dia boleh terima apa yang saya marahkan
saya tak pernah marah sebab saya benci
saya marah sebab saya sayang kat dia

mungkin tak ada sesiapa yang pernah marah awak sebelum ni
mungkin awak ingat saya ni jahat sebab marah awak
kalaulah awak tahu
saya marah awak sebab nak awak sedar
nak awak prihatin
nak awak lebih menghargai apa yang awak dah ada
dulu saya tak pernah marah awak
sebab nak jaga hati awak 
saya rela dianggap jahat
biar saya jahat
sekurang-kurangnya
bila saya jahat
saya dapat didik awak
dapat bimbing awak
dapat nasihatkan awak
tegur awak supaya tak buat kesilapan lagi

tadi saya marah
bukan sesekali sebab benci
tapi sebab saya nak sampaikan pada awak yang

"SAYA AMAT SAYANGKAN AWAK"

Awaklah segalanya bagi saya

originally created by Naim Basir

Monday, September 19, 2011

Surat Cinta Untuk Dinda

surat ini datangnya daripada dinda bella luna..
Ingat tak?
 bila kita bergaduh kat library
tapi last sekali baik semula,
hasil daripada surat ini dengan keychain yang terselit 
:)

Surat Cinta Untuk Dinda


kehadapan dinda yang dikasihi,
kanda ingat lagi masa dapat surat ni,
kita gaduh..masam muka..
tapi sekejap je kita gaduh..
sebab dinda pujuk kanda guna surat ini
memori ni sangat sweet pada kanda..

True love stories never have endings... <3

ada masa kita bahagia
ada masa kita gaduh
ada masa kita gembira
ada masa kita merajuk
ada masa kita marah
ada masa kita jauh

ada masa kita dekat

ada masa kita sedih
ada masa kita terasa



thats why kanda akan sentiasa dengan dinda
walau apa pun yang berlaku
walau apa pun yang telah terjadi
dinda ajar kanda untuk setia
ajar kanda untuk sentiasa bersabar 
dengan karenah pasangan masing-masing

 sekarang cinta kanda hanya untuk dinda
terlalu banyak kenangan kita bersama
kanda harap dinda tidak pernah akan berubah hati


semua itu kan ragam bercinta
ada masa-masa manis dan pahit
jadi dinda..
kita cuba untuk setia ye dinda 
:)

sorry to say, i'm not leaving you
i'm still yours
till the very end

Yang menyayangi dinda,


Naim basir
--------------

Friday, September 16, 2011

Beat the Grim Reaper

We don't beat the Grim Reaper by living longer, we beat the Reaper by living well and living fully, for the Reaper will come for all of us. The question is what do we do between the time we are born and the time he shows up. It's too late to do all the things that you're gonna kinda get around to.


Randy Pausch

Thursday, September 15, 2011

~0~ Di Waktu ~0~


•Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
•Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
•Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yang telah hilang
•Tidak mudah mengejar impian
•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
•Karena walaupun digenggam terlepas juga
•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
•Apalagi yang mahu diperebutkan
•Apalagi yang mahu disombongkan
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu berhitung
•Jangan hanya mahu menang sendiri
•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
•Hidup sentiasa ceria dan bebas
•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan

Wednesday, September 14, 2011

Setia dalam Satu Cinta


Aku merasakan kebahagiaan saat pertama kali kau datang di
hidupku,menjalin sebuah kisah cinta yang indah saat bersamamu,kau
berikan semua apa yang selama ini aku cari di dunia ini.
Aku ingin kau selalu ada di sisiku,menemani aku yang selalu cinta pada
mu,aku tak ingin kau pergi dari hidupku,karena semua keindahaan yang
kini aku rasakan pun akan ikut pergi.
Aku akan berikan seluruh cintaku hanya ke pada kamu,akan aku berikan
cinta suci ini,ku akan selalu setia padamu,menjagamu agar kau tak
akan pergi dari hidupku.

Cinta Setia antara Si Langit dan Laut


Cinta setia antara langit dan laut...


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut. Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Masalah Rubix Cube? Senang aje..

Entah kenapa, secara tiba-tiba terfikir untuk menulis artikel pasal rubix cube..Mungkin sebab ada sejarah tentang rubix cube ni.. <(")


Rubix Cube atau nama lainnya Magic Cube daripada dulu lagi, sememangnya menjadi satu ancaman kepada para amatur pemainnya dan ini juga x terkecuali untuk pakar-pakar matematik seluruh dunia nak cuba selesaikannya.


Rubix ni namanya diambil daripada penciptanya ErnÅ‘ Rubik, seorang profesor daripada Hungary pada 1974


Bukan satu perkara yang mudah untuk selesaikan cube yang kecik ni.Permainan mekanikal puzzle bersifat 3D ni,  pernah jadi permainan terbaik sepanjang tahun pada 1980 di Jerman. Bukan main-main okay.. Ini facts 


The Original Rubix Cube
Untuk selesaikan rubix cube ni, ada yang sampai perlukan bertahun-tahun, semata-mata untuk tempatkan 3x3x3 petak cube, pada 6 warna yang sama di tempat yang betul..
 Itu pun secara kebetulan..


3x3x3



Tapi bagi yang tau skill.. 1minit setengah pun dah cukup sebenarnya.. :p


Kalau setakat random punya pusing, sampai anak cucu la x akan  settle2.. Ini belum kira versi-versi lain rubix cube macam 2x2x2 , 5x5x5, dengan 7x7x7 lagi.. kan?


Ada rumor yang mengatakan, terdapatnya mereka-mereka yang dikatakan fobia sehingga berbuih mulut bila tersentuh je, mahupun lihat kat rubix cube ni, sebab frust sangat2 xdapat settlekan benda alah ni.. :)




But there is nothing to be fear about, 
here i come with the solution..





Step 1 - Selesaikan cross yang pertama




Step 2 - Selesaikan sudut bawah




Step 3 - Selesaikan layer tengah




Step 4 - Selesaikan cross atas




Step 5 - Selesaikan kepingan tengah dan atas



Monday, September 12, 2011

What Goes Around, Comes Around


This quote was taken from one of my friend post in the facebook.. The quote seems very interesting to me because its make me realise on something and decided to write it here.

In the world wide relations, we socialize to each other. everyday we speak, we interact, we communicate, we work on something, we enter one to another dimension of each person life, for many reason.

Its how the humanity works.. nothings wrong with it.. but sometimes we doesnt realize we entering a person life to much. we do gossiping, we talk nonsense to others, we do fitna without knowing we actually dragged him/her to much more difficulties. 

Every single thing u do.. it counts..

In Islam, u do good, u get the reward.. u do bad, of course u get the punishment in the life after.

Its the 'karma' as believed by Buddhism..

Its the sin to pay as the Christian always say.. 



and the Confucius also said    



What you do not want done to yourself, do not do to others 
so.... ???

What Goes around, comes around 

Why not, be nice to them,do good things, 

explore the essence of empathy in you..

Try to sit in their shoes.. come on.. feel what they feel..


It will be such a relief for me, to thinking of helping 
others..despite of cursed by other people for what i have done..

Hope u are the same as me..

:p


  

Sunday, September 11, 2011

Revenge

Before you embark on a journey of revenge, dig two graves.

Confucious

Thursday, September 8, 2011

kisah bulan


kisah bulan

Bulan berkata kepada ku
"jika teman kamu tidak menghubungi kamu,
mengapa kamu tidak meninggalkannya?"

Saya melihat bulan dan berkata, 
"pernahkah langit meninggalkan mu, 
walau ketika kamu tidak bersinar?"

Hanya 2 Hati


Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya..
~Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya, apa saja dosa yg si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung & bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah..
-peringatan buat lelaki2 dan bakal-bakal suami..-


its not a easy thing to decide with.. the sound is simple, but the meaning is much more deeper than that. 


of course, it must be the most memorable event to  remember.. it will be much more happier, if the girl u take to 
be your bride is a beautiful one..


 but remember.. the pretier she is, the greater the test for you to face it..


so.. berbalik kepada quote kat atas tu.. 


Anak-anak??


tanggungjawab lelaki ni berat xingat.. udah la kena buat kerja yang berat-berat..keluar pagi balik malam.. ada juga yang buat kerja part time semata-mata nak tanggung makan anak isteri.. kat rumah, kena didik anak-anak pulak.. 


iye la kan.. dengan mak biasanya anak-anak ni tak takut.. tapi bila ayah balik je.. kelam kabut budak-budak ni pergi mandilah, buat homework la.. kemas rumah la.. sama la macam kita dulu-dulu.. kan?




Isteri??


Isteri pun kena pandai jaga jugak.. bukan takat bagi makan minum, kalau terkurang sikit pun xboleh.. makan xcukup? = dosa.. pakaian xcukup = dosa.. xsediakan tempat tinggal = dosa.. xbagi didikan agama = dosa.. 




berdosa aje lelaki ni.. tu tak kira lagi dosa yang dia sendiri buat.


2 belum kira yang dapat bini suka melaram lagi 2.. yang jenis free hair? haha.. awak je la yang mengiranya ye brape banyak saham yang dah dapat..




tapi.. walaubagaimanapun..


 kalau suami isteri masing-masing faham peranan dgn keperluan diri masing-masing.. tolong support satu sama lain.. mmg bahagia la hidup..


bukan harta yang menjadi pengukur, bukan cantik bukan kacak yang dipandang, bukan kerja berjawatan tinggi yang dicari..

cuma 2 hati yang saling berbicara , menemani, memerhati dan menjaga satu sama lain..

hanya 2 hati..


 mesti aman je rumah tangga nanti.. sweet kan?




Jadi.. nak cari orang rumah.. bawak2 la fikir 17 kali dulu baru decide sape nak ambik jadi calon isteri ye..


:)


sekian.. pesanan daripada pakar kaunseling keluarga.. :p