Thursday, August 23, 2012

Jika kamu

>jika kamu memancing ikan....
>setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
>mengambil terus ikan itu....
>janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
>air begitu sahaja....
>kerana ia akan sakit
>oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
>ia akan menderita selagi ia masih hidup.
>
>Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
>kepada seseorang...
>setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
>hatinya....
>janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
>sahaja....
>kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
>mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
>mengingatimu....
>
>Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
>mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
>begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
>Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
>menampalnya semula....
>akhirnya ia dibuang....
>sedangkan jika ka mu cuba membaikinya mungkin ia masih
>boleh digunakan lagi....
>
>Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
>seadanya....
>Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
>menganggapnya begitu istimewa....
>anggaplah dia manusia biasa.
>Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
>bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
>meninggalkannya.
>Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
>kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
>
>Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
>pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
>Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
>lain..
>Terlalu ingin mengejar kelazatan.
>Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
>memakannya.
>Kamu akan menyesal.
>
>Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
>insan.....
>yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
>Menyayangimu. Mengasihimu.
>Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
>yang lain.

Friday, August 10, 2012

Mohon Kasih

Ku bermohon kasih
Ku bermohon sayang
Pada mu wahai kembang
Dalam rindu kasih
Hamba tak berdaya
Menempuh jiwa siksa

Kasihanilah hamba
Merayu sehingga merana
Harum mu menawan
Hingga tertawan
Menjadi idaman

Duhai puspa sari
Bunga kembang suci
Menimbulkan berahi
Hamba mohon kasih
Harapan nan bersih
Kupuja dikau saja

Kasihanilah hamba
Merindu balasan darimu
Hatiku tertawan
Tak dapat kutahan
Dikaulah idaman
p/s lagu ini dinyanyikan oleh Tan Sri SM Salim selepas isterinya Normah mati kemalangan jalanraya di Perak sekembalinya ke KL dari Pulau Pinang. Al- Fatihah untuk arwah..

Wednesday, August 8, 2012

kenang daku dalam doamu

Kenang Daku Dalam Doa Mu

Sungguh jauh dikau pergi
Berpisah untuk selamanya
Tiada lagi senyum mesra
Dan gurau senda

Ingin ku turut bersama
Apa daya ku tak terlarat
Sudahlah memang nasib ku dik
Demikian rupa

( korus )
Ku berdoa agar dikau hidup bahgia
Jangan bimbang padaku nan berduka

Tapi dik kau jangan lupa
Kenang daku dalam doamu
Itulah ku pinta dari dulu
Waktu bertemu



p/s mungkin daku tidak pernah tercipta untuk menjadi si dia yang membahagiakan mu akan tetapi sekurang-kurangnya kenangilah daku dalam doamu

Sunday, August 5, 2012

sunday yang sedey

jika dirimu masih memerlukan aku, aku lebih lagi.. jika pada dirimu masih ada secebis rindu untuk ku, aku lebih lagi.. aku rindu kamu..rindu sangat2 dengan senyummu, suara mu, manja mu.. tak boleh kah kita kembali bersama seperti dulu?

Friday, August 3, 2012

pekan rabu

pekan rabu merupakan satu tempat untuk mencari barang2 raya di kedah
nama je pekan rabu, tapi setiap hari dia buka
he..
masa fieldwork ni, macam-macam dah beli
dengan capal putihnya..
jubah hitam..
kopiah putih
baju kat f.o.s
dan xlupa baju pagoda
masa jalan2 kat pekan rabu tadi, teringat masa kat ipoh..
kat ipoh ada gerbang malam dan lokin
kat KL plak ada jalan TAR dan kat penang pulak ada roadwalk
memang happy bila dapat jalan2 kat tempat orang
tengok kiri kanan dan beli macam2..
memang seronok sebab ada saving sikit
jadi xdela jalan saja
kalau dulu..
tengok aje la sebab poket kosong
sekarang ni alhamdulillah ada jugak la duit sikit untuk berbelanja
cuma..
bila tengok semua orang jalan dengan pasangan masing2..
tiba2 rasa sayu, rindukan si dia and xhappy..
kalaulah dia juga dapat rasa apa yang dirasakan sekarang ni.. :(

fieldwork kedah

hari ni berada di alor setar kedah..
dah seminggu dah keluar untuk fieldwork di kedah ni
dari kulim ke baling
baling ke sungai petani
sp ke pendang
pendang ke yan dan pokok sena
dan hari ni di alor setar dah last sekali ke langkawi
boleh la rehat-kehat kejap bercuti di langkawi
banyak gambar2 yang dah diambil
gambar2 sawah padi usah cakap la
cukup banyak di kedah ni
muka pun dah naik gelap sebab kena berjalan tengah panas
hopefully tomorrow cuaca tak la panas
&
hopefully juga dapat la jumpa dengan perkara-perkara yang membahagiakan masa time wat fieldwork esok lusa
:p