Monday, November 1, 2010

Financial Sector Talent Enrichment Programme

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2. Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Institut Bank-bank Malaysia (IBBM) dan Bank Negara Malaysia akan melaksanakan Program Financial Sector Talent Enrichment (FSTEP) yang akan melibatkan penyertaan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi di negara ini. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada graduan berkelayakan untuk bekerja dalam institusi kewangan dan perbankan negara. 

3. Sehubungan itu, YBhg. Dato'/Prof./ Dr./Tuan/Puandipohon untuk mengambil maklum mengenai program ini dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pihak IBBM. PihakYBhg. Dato'/Prof./ Dr./Tuan/Puanjuga adalah dipohon untuk membantu membuat publisiti bagi mempromosikan program ini di peringkat IPTA masing-masing. Softcopy bannermengenai program ini adalah seperti yang dilampirkan bersama-sama e-mail ini. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di laman web www.fstep.org.my. 


4. Kerjasama dan sokongan pihakYBhg. Dato'/Prof./ Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian. 

Dayana bt Md Ali 
Penolong Pengarah 
Bahagian Hubungan Industri 
Jabatan Pengajian Tinggi 
E-mel : dayana@mohe.gov.my 
No. Tel : 03-8883 65

No comments:

Post a Comment