Thursday, September 29, 2011

sekuntum ros

w.a.r.n.a.
 entiti hiburan hati
ceriakan gelap mahu cerah
 karisma diri terserlah
pengaruhi sampainya makna
mengubah sudut persepsi 
menenteram malah menyuramkan jiwa
 akal serta tafsiran tersendiri

w.a.r.n.a.
peranannya pelbagai
terserap ke serata inci dunia
dari langit tinggi hingga ke laut dalam
memenuhi lantai daratan
antaranya ada pelangi si penyejuk mata
dunia penuh keceriaan warna
juga ros berduri
penuh tersirat makna mendalam

r.o.s
apa ada pada ros?
merah..putih..kuning..merah jambu
ros adalah ros
tiada apa yang berbeza 
apa warnanya sekalipun
ros adalah ros

r.o.
 bagi yang mengerti
ros bukan bunga jalanan
ros bicara hati
ros cerminan kata zahir
bisik hati 
 tafsiran kuntuman bunga

merah  
ros merah ros cinta

ros yang penuh dengan rasa cinta menebal
si dia amat mencintaimu 
sepenuh hati malah jiwanya 
ingin hidup bahagia
bersama selamanya

kuning 
ros kuning ros sahabat..ros cemburu

ros yang penuh pengharapan persahabatan
sahabat sejati 
selama nafas masih terhembus
tika susah senang bersama hadapi


 juga erti cemburu
cemburu yang tersemat di dada
bukan dendam kesumat
jika diri mengerti
cemburunya bersebab

putih
ros putih cintanya sejati

seputih ros itu
seputih itulah cintanya terhadapmu
pengagungan cinta tidak tergoyah
sejati setia selama-lamanya
meredah fantasi dunia
mengubahnya ke realiti
mihrab cinta

merah jambu
ros merah jambu ros pertama

bertuahnya dirimu
kerana dirimu cinta pertamanya
telah terungkap rahsianya
rahsia cinta mendalam 
dirimulah insan pertama 
bertakhta dihatinya
idamannya sedari azali

ros
ros bukan sekadar bunga
ros adalah kata nukilan hati
bicara jiwa
p.a.s.a.n.g.a.n.m.u.

originally created by 
Naim Basir


for you 





No comments:

Post a Comment