Saturday, June 16, 2012

Cukuplah Allah dan Rasul bagiku

Allah.. aku hamba mu yang selalu meminta-minta,
Hamba Mu yang sentiasa berbuat dosa,
Hamba Mu yang selalu lalai dan alpa,
Tidak bersyukur dengan nikmat dan rahmat Mu

Ampunkan kesalahan hamba Mu yang hina ini,
Dosa hamba yang lebih banyak daripada buih di lautan,
Tinggi nun menggunung, 
Engkau yang maha pemurah,
Ku pohon bukakan lah lagi untuk ku pintu taubat,
supaya dapat aku datang kepada Mu dengan suci dan putih bersih,
supaya dapat aku tidur dengan tenang dan lena
pada malam-malam ku yang masih berbaki.

Aku mohon,
Jangan aku ditinggalkan Mu di kala ini,
Hamba Mu ini boleh rebah pada bila-bila masa,
Hamba Mu ini sangat-sangat kesunyian,
Sedih dan pilu merantai jiwa
Sepi dan hilang arah

Tolong Ya Allah,
Hamba sujud merayu pada Mu,
Jangan dibiarkan aku disesatkan oleh bisikan makhluk daripada api itu,
Makhluk yang Engkau laknatkan itu,
Kerana ini masa terbaik utk dia menyesatkan aku dengan kata-kata manisnya
Hamba Mu ini hamba yang lemah lagi tidak punya apa-apa.

Ya Allah,
Kiranya aku tak berpeluang untuk hidup bahagia,
Di hayat hamba yang singkat ini,
Tolonglah bahagiakan mereka yang pernah membahagiakan aku suatu ketika dulu,
Ibuku dan Arwah abah ku,
Rakan-rakan sahabatku
Saudara-saudara Islamku
Orang-orang yang pernah aku sayangi

Ya Allah,
Kurniakan lah aku dengan rasa cukup,
punya Rasul dan Tuhanku yang maha Esa,
Aku tidak ingin lagi bahagia dunia yang sementara ini.

Cukuplah Allah dan Rasul bagiku.

Amin.


No comments:

Post a Comment